Punca-punca pencemaran air :
- Baja daripada pertanian.
- Bahan buangan domestik
- Tumpahan Minyak di laut.
- sisa toksik perindustrian.
Kesan Pencemaran Air terhadap Manusia.
- Bahan Buangan domestik seperti Kumbahan dari tandas dan bilik mandi yang disalirkan ke sungai, parit, dan Kolam akan menyebabkan pembiakan bakteria. Bakteria Vibrio boleh menyebabkan penyakit kolera manakala bakteria Salmonella boleh menyebabkan demam kepialu.
- Bahan buangan industri seperti mekuri, arsenik dan kandmium adalah berbahaya kepada kesihatan manusia. Satu kejadian di Minamata, Jepun memperlihatkan ramai penduduk di sana mati akibat memakan ikan yang diracuni merkuri yang dibuang oleh sebuah kilang plastik. toksik kimia ini jugak membawa racun kepada makanan, kerosakan organ-organ badan, penyakit kanser, dan mutasi.
Kesan Pencemaran air terhadap Habitat Haiwan dan Tumbuhan.
- Apabila air tercemar, tumbusaran tumbuhan akuatik terencat atau terpupus. Haiwan akuatik yang bergantung pada tumbuhan akuatik sebagai sumber makanan turut pupus.
- Minyak dan Sampah Sarap yang terapung di permukaan air mengurangkan penembusan cahaya matahari dan resapan gas oksigen. Hal ini menjejaskan kehidupan akuatik.
- Tumpahan Minyak di laut mengancam hidupan laut di perairan dan persisiran pantai. Haiwan Akuatik mati kerana kurang oksigen meresap ke dalam air apabila permukaan air diliputi minyak. Burung laut mati kerana minyak yang melekat pada bulu menghalangnya daripada terbang. Apabila burung laut itu hendak membersihkan bulunya, burung laut terbabit mungkin tertelan minyak yang boleh membunuh.
No comments:
Post a Comment