- Bahasa Melayu A-
- Bahasa Inggeris C+
- Matematik Modern A-
- Pendidikan Islam A-
- Sejarah A-
- Fizik E
- Kimia E
- Biology C+
- Matematik Tambahan G
Monday, 14 October 2013
Result Trial SPM 2013
Alhamdulilah...selepas bertarung selama 3 minggu dengan kertas peperiksaan percubaan SPM SBP 2013. akhirnya keputusan telah dikeluarkan. Dan inilah keputusan saya :
Sunday, 13 October 2013
Biology Form 4 ( Eutrofikasi )
Eutrofikasi merupakan satu proses semula jadi di mana ekosistem menjadi kaya dengan nutrien dan mengakibatkan pertumbuhan tumbuhan akuatik yang berlebihan.
nutrien -nutrien ini berasal daripada sumber seperti:
nutrien -nutrien ini berasal daripada sumber seperti:
- baja nitrat dan fosfat dari kawasan pertanian.
- bahan buangan domestik dari kawansan kilang.
- bangkai haiwan yang mati.
- Eutrofikasi meningkatkan kadar keperluan oksigen air (BOD). Pengguanaan baja bahan kimia semakin meningkat dalam bidang pertanian.
- Air hujan mengalirkan baja bahan kimia ini ke dalam tasik, kolam, atau sungai. Bahan kimia ini mengandungi garam nitrat dan fosfat yang menggalakan pembiakan alga.
- Apabila alga mati, tindakan pereputan oleh bakteria saprofit akan menggunakan oksigen. Oksigen terlarut akan semakin berkurang.
- Nilai BOD meningkat. Haiwan akuatik akan mati apabila kekurangan oksigen dalam air.
Biology form 4 ( Pencemaran Air )
Pencemaran Air berlaku akibat pembuangan bahan kumbahan domestik, industri, dan pertanian secara sengaja atau tidak sengaja ke dalam sumber air sehingga sumber air tidak lagi selamat untuk kehidupan akuatik dan kegunaan manusia.
Punca-punca pencemaran air :
- Baja daripada pertanian.
- Bahan buangan domestik
- Tumpahan Minyak di laut.
- sisa toksik perindustrian.
Kesan Pencemaran Air terhadap Manusia.
- Bahan Buangan domestik seperti Kumbahan dari tandas dan bilik mandi yang disalirkan ke sungai, parit, dan Kolam akan menyebabkan pembiakan bakteria. Bakteria Vibrio boleh menyebabkan penyakit kolera manakala bakteria Salmonella boleh menyebabkan demam kepialu.
- Bahan buangan industri seperti mekuri, arsenik dan kandmium adalah berbahaya kepada kesihatan manusia. Satu kejadian di Minamata, Jepun memperlihatkan ramai penduduk di sana mati akibat memakan ikan yang diracuni merkuri yang dibuang oleh sebuah kilang plastik. toksik kimia ini jugak membawa racun kepada makanan, kerosakan organ-organ badan, penyakit kanser, dan mutasi.
Kesan Pencemaran air terhadap Habitat Haiwan dan Tumbuhan.
- Apabila air tercemar, tumbusaran tumbuhan akuatik terencat atau terpupus. Haiwan akuatik yang bergantung pada tumbuhan akuatik sebagai sumber makanan turut pupus.
- Minyak dan Sampah Sarap yang terapung di permukaan air mengurangkan penembusan cahaya matahari dan resapan gas oksigen. Hal ini menjejaskan kehidupan akuatik.
- Tumpahan Minyak di laut mengancam hidupan laut di perairan dan persisiran pantai. Haiwan Akuatik mati kerana kurang oksigen meresap ke dalam air apabila permukaan air diliputi minyak. Burung laut mati kerana minyak yang melekat pada bulu menghalangnya daripada terbang. Apabila burung laut itu hendak membersihkan bulunya, burung laut terbabit mungkin tertelan minyak yang boleh membunuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)