- Bahasa Melayu A-
- Bahasa Inggeris C+
- Matematik Modern A-
- Pendidikan Islam A-
- Sejarah A-
- Fizik E
- Kimia E
- Biology C+
- Matematik Tambahan G
Monday, 14 October 2013
Result Trial SPM 2013
Alhamdulilah...selepas bertarung selama 3 minggu dengan kertas peperiksaan percubaan SPM SBP 2013. akhirnya keputusan telah dikeluarkan. Dan inilah keputusan saya :
Sunday, 13 October 2013
Biology Form 4 ( Eutrofikasi )
Eutrofikasi merupakan satu proses semula jadi di mana ekosistem menjadi kaya dengan nutrien dan mengakibatkan pertumbuhan tumbuhan akuatik yang berlebihan.
nutrien -nutrien ini berasal daripada sumber seperti:
nutrien -nutrien ini berasal daripada sumber seperti:
- baja nitrat dan fosfat dari kawasan pertanian.
- bahan buangan domestik dari kawansan kilang.
- bangkai haiwan yang mati.
- Eutrofikasi meningkatkan kadar keperluan oksigen air (BOD). Pengguanaan baja bahan kimia semakin meningkat dalam bidang pertanian.
- Air hujan mengalirkan baja bahan kimia ini ke dalam tasik, kolam, atau sungai. Bahan kimia ini mengandungi garam nitrat dan fosfat yang menggalakan pembiakan alga.
- Apabila alga mati, tindakan pereputan oleh bakteria saprofit akan menggunakan oksigen. Oksigen terlarut akan semakin berkurang.
- Nilai BOD meningkat. Haiwan akuatik akan mati apabila kekurangan oksigen dalam air.
Biology form 4 ( Pencemaran Air )
Pencemaran Air berlaku akibat pembuangan bahan kumbahan domestik, industri, dan pertanian secara sengaja atau tidak sengaja ke dalam sumber air sehingga sumber air tidak lagi selamat untuk kehidupan akuatik dan kegunaan manusia.
Punca-punca pencemaran air :
- Baja daripada pertanian.
- Bahan buangan domestik
- Tumpahan Minyak di laut.
- sisa toksik perindustrian.
Kesan Pencemaran Air terhadap Manusia.
- Bahan Buangan domestik seperti Kumbahan dari tandas dan bilik mandi yang disalirkan ke sungai, parit, dan Kolam akan menyebabkan pembiakan bakteria. Bakteria Vibrio boleh menyebabkan penyakit kolera manakala bakteria Salmonella boleh menyebabkan demam kepialu.
- Bahan buangan industri seperti mekuri, arsenik dan kandmium adalah berbahaya kepada kesihatan manusia. Satu kejadian di Minamata, Jepun memperlihatkan ramai penduduk di sana mati akibat memakan ikan yang diracuni merkuri yang dibuang oleh sebuah kilang plastik. toksik kimia ini jugak membawa racun kepada makanan, kerosakan organ-organ badan, penyakit kanser, dan mutasi.
Kesan Pencemaran air terhadap Habitat Haiwan dan Tumbuhan.
- Apabila air tercemar, tumbusaran tumbuhan akuatik terencat atau terpupus. Haiwan akuatik yang bergantung pada tumbuhan akuatik sebagai sumber makanan turut pupus.
- Minyak dan Sampah Sarap yang terapung di permukaan air mengurangkan penembusan cahaya matahari dan resapan gas oksigen. Hal ini menjejaskan kehidupan akuatik.
- Tumpahan Minyak di laut mengancam hidupan laut di perairan dan persisiran pantai. Haiwan Akuatik mati kerana kurang oksigen meresap ke dalam air apabila permukaan air diliputi minyak. Burung laut mati kerana minyak yang melekat pada bulu menghalangnya daripada terbang. Apabila burung laut itu hendak membersihkan bulunya, burung laut terbabit mungkin tertelan minyak yang boleh membunuh.
Sunday, 4 August 2013
Amalan Rumah Terbuka
Rumah terbuka atau 'open house' sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di negara ini termasuk Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Natal dan juga Hari Raya Aidilfitri. Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga seluruh lapisan dan pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi amat sinonim dengan kehidupan mereka. Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan sebanyak enam perayaan kaum atau agama dianggap sebagai perayaan utama negara yang diraikan di peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Menyedari kesungguhan kerajaan untuk menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional, persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan-kepentingan amalan rumah terbuka?
Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan kepentingan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Selain itu, amalan rumah terbuka turut memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang perijudis terhadap keharmonian negara. Amalan ini juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Jadi, setiap kaum seperti Melayu, India, Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi. Sehubungan dengan itu, perasaan muhibah antara satu sama lain dapat mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni. Tegasnya, konsep penyatuan antaran kaum dapat dihidupkan melalui amalan rumah terbuka.
Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat serta pemimpin sendiri, amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu sesama kaum memahami budaya kaum-kaum lain. Mereka hanya akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. Amalan ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain, memahami antara satu sama lain selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. Sebagai contoh, orang-orang india, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya merayakan sambutan Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayudan begitu juga sebaliknya. Hal ini dapat membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain serta budaya yang sihat juga dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. secara tidak langsung semangat tolenransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang. Pendek kata, budaya dan adat resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan murni ini.

Saturday, 9 February 2013
AZAM
Assalamualaikum kawan2 semua. hah!! saya ada satu benda nak kongsi dengan anda semua. nak tahu apa dia. ni hah pasal AZAM . kali ini saya sudah berAZAM untuk penuhi masa cuti sekolah saya dengan perkara2 yang berfaedah. hrm.... maklumlah tahun 2013 kan saya akan hadapi peperiksaan penting. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ( SPM ). saya ada banyak kerja sekolah yang perlu diselesaikan. huh. penat sungguh. namun apakan daya. sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin sebagai seorang pelajar. kawan-kawan pun sama. kena siapkan segala kerja sekolah yang diberi oleh cikgu-cikgu kawan2. JANGAN TANGGUH2 KAN kerja sekolah. nanti tak siap tau. hah. tu sahaja lah pesanan dan perkongsian saya untuk kali ini. saya akhiri post saya pada kali ini dgn pantun.
KALAU ADA SUMUR DILADANG...
BOLEH LAH SAYA MENUMPANG MANDI...
KALAU ADA UMUR PANJANG...
BOLEHLAH KITA BERJUMPA LAGI....
InsyaAllah, sekian, Assalamualaikum..
KALAU ADA SUMUR DILADANG...
BOLEH LAH SAYA MENUMPANG MANDI...
KALAU ADA UMUR PANJANG...
BOLEHLAH KITA BERJUMPA LAGI....
InsyaAllah, sekian, Assalamualaikum..
Subscribe to:
Posts (Atom)