Assalamualaikum kawan2 semua. hah!! saya ada satu benda nak kongsi dengan anda semua. nak tahu apa dia. ni hah pasal AZAM . kali ini saya sudah berAZAM untuk penuhi masa cuti sekolah saya dengan perkara2 yang berfaedah. hrm.... maklumlah tahun 2013 kan saya akan hadapi peperiksaan penting. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ( SPM ). saya ada banyak kerja sekolah yang perlu diselesaikan. huh. penat sungguh. namun apakan daya. sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin sebagai seorang pelajar. kawan-kawan pun sama. kena siapkan segala kerja sekolah yang diberi oleh cikgu-cikgu kawan2. JANGAN TANGGUH2 KAN kerja sekolah. nanti tak siap tau. hah. tu sahaja lah pesanan dan perkongsian saya untuk kali ini. saya akhiri post saya pada kali ini dgn pantun.
KALAU ADA SUMUR DILADANG...
BOLEH LAH SAYA MENUMPANG MANDI...
KALAU ADA UMUR PANJANG...
BOLEHLAH KITA BERJUMPA LAGI....
InsyaAllah, sekian, Assalamualaikum..